Tips Temu Duga Secara Online ini dikongsikan kepada semua calon-calon yang bakal menjalani proses temuduga secara dalam talian. Disini admin ingin kongsikan beberapa tips menarik dan berguna kepada semua calon.

Persediaan sebelum temu duga amat penting kerana ianya menentukan kelancaran proses temu duga berjalan dengan baik. Oleh itu, calon perlulah memberikan perhatian secukupnya tentang persediaan temu duga ini.

Untuk memastikan proses temu duga berjalan lancar dan sempurna, terdapat beberapa elemen penting yang perlu diambil kira dari segi pemakaian, ruangan khas ketika temu duga, akses internet dan ekspresi ketika temu duga.

1. Pilih pakaian yang sesuai dan profesional

  • Calon digalakkan memakai pakaian profesional seperti baju berkolarkemeja-Tblausbaju kurung dan blazer bagi menunjukkan imej seorang yang berkaliber.
  • Calon perlulah menjaga etika pakaian dengan tepat dan tidak keterlaluan.
  • Elakkan memakai pakaian yang berwarna terlalu terang dan terlalu menonjol.
  • Pilih pakaian yang berwarna sederhana, lembut dan sesuai.

2. Ruangan Ketika Temu Duga

  • Calon perlu memilih tempat atau menyediakan ruangan khas ketika menjalani proses temu duga.
  • Sediakan ruangan yang senyap tanpa sebarang gangguan bunyi
  • Tempat yang terang dan menarik
  • Calon juga digalakkan menyediakan pen, buku nota serta salinan resume di atas meja

3. Akses Internet Yang Stabil

Perkara pertama yang amat penting ketika menjalani proses temu duga secara online ini ialah capaian internet yang stabil dan kuat.

  • Pastikan calon mempunyai capaian atau akses internet yang stabil supaya tiada gangguan ketika temu duga dijalankan.
  • Capaian internet adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan kerana tanpa akses internet, temu duga tidak dapat dijalankan.
  • Internet yang kuat dan stabil diperlukan untuk berinteraksi secara dalam talian melalui medium seperti SkypeGoogle MeetMicrosoft Team dan sebagainya.
  • Semua pihak yang terlibat perlu memastikan segala kelengkapan dapat disediakan sebelum melaksanakan proses temu duga agar dapat dijalankan dengan sempurna.
  • Pastikan peranti elektronik berfungsi dengan baik dari segi audio dan kamera.

4. Pastikan tiada sebarang gangguan

  • Calon perlu tutup sebarang aplikasi atau laman web lain yang tidak diperlukan
  • Pastikan peranti elektronik di dalam mod senyap atau ‘Silent Mode‘ bagi mengelakkan sebarang gangguan ketika temu duga.

5. Memberi maklum balas

  • Ketika berinteraksi dengan panel-panel temu duga, calon perlu memberikan respon yang baik dan menjaga ekspresi muka
  • Calon digalakkan senyum sepanjang proses temu duga berlangsung
  • Beri tumpuan sepenuhnya kepada panel-panel temu duga
  • Sentiasa pandang atau melakukan ‘eye contact’ kepada para panel temu duga.
  • Gerakkan tangan jika perlu ketika bercakap dengan para panel.

Perkongsian Bermanfaat

Semoga dengan perkongsian kami kali ini Tips Temu Duga Secara dalam talian dapat membantu para calon dalam persediaan menghadapi temu duga secara dalam talian. Semoga tips yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Kredit ; Sistem Guru Online