Soalan ini sering ditanya bagi mengenalpasti motivasi calon dan sejauh mana pemahaman serta kesungguhan mereka terhadap peranan yang dipohon. Jawapan yang diberikan mestilah menunjukkan minat yang tulen serta kefahaman terhadap skop kerja Penolong Pegawai Undang-Undang (Gred L5) di sektor kerajaan.

Kesilapan Utama yang Perlu Dielakkan

Ramai calon memberikan jawapan yang terlalu umum atau terlalu berfokus pada faedah peribadi. Contohnya:

  • “Saya minat kerja kerajaan sebab terjamin.”
  • “Saya suka bidang undang-undang sejak kecil.”
  • “Kerja kerajaan sangat banyak benefit sebenarnya.”

Walaupun jawapan ini tak nampak salah, ia kurang meyakinkan kerana tidak menunjukkan pemahaman terhadap tanggungjawab sebenar dan peranan jawatan tersebut dalam perkhidmatan awam.

Cara Menjawab dengan Berkesan

Langkah 1: Fahami Skop Jawatan

Penolong Pegawai Undang-Undang memainkan peranan penting dalam:

  • Menyediakan draf dokumen undang-undang, perjanjian, atau kontrak.
  • Memberikan nasihat berkaitan hal ehwal perundangan kepada agensi kerajaan.
  • Membantu dalam semakan undang-undang, peraturan atau perintah.
  • Menyediakan laporan siasatan atau ulasan perundangan bagi tindakan lanjut.

Langkah 2: Nyatakan Minat Berdasarkan Fakta

Tunjukkan minat anda terhadap kerjaya ini melalui pemahaman anda terhadap:

  • Fungsi jabatan/unit undang-undang dalam kerajaan.
  • Keperluan perundangan dalam pentadbiran negara.
  • Sumbangan jawatan ini kepada ketelusan, integriti dan keadilan.

Langkah 3: Kaitkan dengan Latar Belakang atau Matlamat Anda

Sambungkan minat anda dengan pengalaman akademik atau matlamat kerjaya jangka panjang.

Contoh Jawapan Lengkap

“Saya berminat untuk menjadi Penolong Pegawai Undang-Undang kerana saya melihat peranan ini sebagai nadi penting kepada sistem pentadbiran kerajaan yang berlandaskan undang-undang. Melalui pengetahuan saya dalam bidang perundangan, saya yakin dapat membantu menyediakan draf kontrak, semakan dasar serta memberi nasihat undang-undang kepada jabatan bagi memastikan semua urusan kerajaan mematuhi peraturan sedia ada.

Selain itu, saya ingin menyumbang kepada usaha kerajaan dalam memperkukuh integriti dan ketelusan pentadbiran. Saya percaya jawatan ini akan memberi saya peluang untuk berkembang secara profesional dalam bidang perundangan sambil menyumbang kepada pembangunan dasar awam yang adil dan berkesan. Saya juga berminat untuk menyertai perkhidmatan kerajaan kerana saya ingin terlibat secara langsung dalam membantu rakyat melalui pendekatan undang-undang yang efisien dan beretika.”

Kenapa Jawapan Ini Berkesan?

  • Spesifik – Menunjukkan kefahaman tentang skop kerja sebenar.
  • Relevan – Kaitkan minat dengan kemahiran atau pengetahuan anda.
  • Motivasi Jelas – Menunjukkan niat menyumbang kepada sektor awam.

Perkara Penting yang Perlu Dielakkan

  • ❌ Fokus terlalu banyak pada faedah peribadi sahaja (gaji, pencen, cuti).
  • ❌ Tidak tahu langsung skop tugas jawatan ini.
  • ❌ Tidak ada kesungguhan atau alasan yang konkrit.

Mahu Lebih Banyak Tips?

Panduan seperti ini akan membantu anda memberi jawapan yang mantap, meyakinkan dan relevan dengan keperluan jawatan. Jangan datang ke temuduga tanpa strategi jawapan yang teratur!

📌 KLIK SINI untuk akses penuh kepada panduan temuduga, termasuk skrip jawapan, contoh soalan terkini, dan checklist persediaan!

By Muhadis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *