Ini adalah antara soalan yang sering membuat calon berfikir dua kali sebelum memilih jawapan. Anda mungkin tertanya-tanya, sikap apa sebenarnya yang cuba dinilai melalui soalan ini?
Adakah ia mengukur empati?
Atau mungkin ia menguji kestabilan emosi?
Jom kita bongkar maksud sebenar soalan ini!
Soalan ini nak uji apa sebenarnya?
Untuk pengetahuan anda, soalan ini berkaitan dengan pengawalan emosi dan kepekaan terhadap perasaan orang lain. Ia cuba mengenal pasti bagaimana anda bertindak balas terhadap emosi orang di sekeliling anda.
Jawapan anda boleh menunjukkan sama ada anda:
✅ Sangat empati dan mudah tersentuh dengan perasaan orang lain.
✅ Mampu memahami emosi orang lain, tetapi tetap rasional.
✅ Lebih fokus kepada logik dan kurang dipengaruhi oleh emosi sekeliling.
“Tapi kalau saya mudah menangis bila tengok orang lain menangis, adakah itu salah?”
Jawapannya bergantung pada kesesuaian personaliti jenis dan skop pekerjaan yang anda mohon.
Jangan Silap Tafsir!
Ramai calon beranggapan bahawa lebih empati = lebih baik. Tapi adakah itu benar dalam semua keadaan?
Mari kita lihat contoh beberapa jenis jawatan berikut:
1️⃣ Jawatan yang memerlukan tahap empati tinggi
- Kaunselor
- Pegawai Kebajikan Masyarakat
- Jururawat
Bagi jawatan seperti ini, kepekaan terhadap emosi orang lain amat penting. Individu dalam bidang ini perlu memahami dan merasai kesusahan orang lain supaya dapat memberi sokongan yang lebih baik.
Jawapan yang lebih sesuai: “Setuju” atau “Sangat Setuju”
2️⃣ Jawatan yang memerlukan kawalan emosi yang tinggi
- Pegawai Veterinar GV41
- Anggota Polis atau Tentera
- Pegawai Undang-Undang
Dalam bidang seperti ini, empati masih penting, tetapi kawalan emosi adalah lebih utama. Jika seseorang mudah menangis setiap kali melihat orang lain menangis, ia mungkin menjejaskan keupayaan mereka untuk membuat keputusan secara objektif dalam situasi genting.
Jawapan yang lebih sesuai: “Tidak Setuju” atau “Sangat Tidak Setuju”
Apa Jawapan Terbaik?
Jawapan terbaik bergantung pada kerjaya/skop tugas yang anda mohon dan bagaimana anda ingin menggambarkan diri anda.
Jika anda memilih:
✅ “Setuju” atau “Sangat Setuju” → Anda seorang yang berempati dan mudah tersentuh dengan perasaan orang lain.
✅ “Tidak Setuju” atau “Sangat Tidak Setuju” → Anda seorang yang lebih rasional dan mampu mengawal emosi dengan baik.
Yang penting, jawapan anda mestilah konsisten dengan soalan lain dalam ujian psikometrik. Kalau dalam satu soalan anda kata mudah menangis, tetapi dalam soalan lain anda kata anda seorang yang tegas dan sukar terpengaruh emosi, itu boleh menimbulkan ketidakselarasan dalam jawapan anda!
Kesimpulan: Bagaimana Nak Jawab dengan Tepat?
💡 Fahami keperluan jawatan – adakah ia memerlukan empati tinggi atau kawalan emosi?
💡 Pilih jawapan yang mencerminkan keperibadian dan kesesuaian anda dengan tugas yang dipohon.
💡 Pastikan jawapan anda selaras dengan soalan lain dalam ujian.
Belajar sesuatu daripada perkongsian ini? Mahukan lebih banyak panduan lengkap untuk menghadapi Ujian Psikometrik SPA? Dapatkan rujukan PERCUMA kami DISINI!
Perlukan RUJUKAN TAMBAHAN/INTENSIF untuk persediaan UJIAN PSIKOMETRIK/TEMUDUGA anda? KLIK SINI untuk dapatkan panduan jawapan terbaik!
Takde masa nak siapkan Resume untuk Temuduga SPA, klik gambar bawah untuk kami bantu anda!