Ini merupakan soalan yang sering kali menimbulkan kekeliruan dalam kalangan calon ujian psikometrik. Anda rasa, sikap apa sebenarnya yang cuba dicungkil daripada soalan ini?
Soalan: Saya lebih suka memberikan arahan berbanding menerima arahan.
Ya
Tidak
Apa yang saya perhatikan, ramai calon cenderung tersalah faham tentang maksud sebenar soalan ini.
Mereka sering menganggap jawapan bergantung kepada hierarki jawatan:
- “Kalau pegawai, kena jawab ‘Ya’, sebab pegawai beri arahan.”
- “Kalau pekerja bawahan, kena jawab ‘Tidak’, sebab mereka terima arahan.”
Tapi, betulkah tanggapan seperti ini?
![](https://kerjayagov.com/wp-content/uploads/2024/12/photo_2024-12-19_21-47-05.jpg)
Nak Uji Apa Sebenarnya?
Untuk pengetahuan anda, soalan ini sebenarnya berada dalam kategori extraversion. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti gaya sosial seseorang, iaitu:
- Adakah anda cenderung ke arah introvert atau extrovert?
Jika anda menjawab ‘Ya’, itu menunjukkan anda lebih cenderung ke arah extrovert.
Jika anda menjawab ‘Tidak’, itu bermaksud anda lebih cenderung ke arah introvert.
“Tapi kenapa kalau setuju akan cenderung ke arah extrovert?”
Jawapannya terletak pada frasa “suka memberikan arahan” itu sendiri.
Sikap suka memberi arahan menggambarkan ciri-ciri individu extrovert seperti:
- Suka menonjol dalam sesuatu situasi.
- Selesa menjadi pusat perhatian dalam interaksi sosial.
- Melihat kepimpinan sebagai peluang untuk mempengaruhi orang lain dan membuat impak.
Sebaliknya, individu introvert mungkin lebih selesa menerima arahan kerana:
- Mereka lebih fokus kepada perincian kerja.
- Cenderung bekerja secara tenang tanpa banyak interaksi sosial.
- Tidak melihat menjadi ketua sebagai keutamaan peribadi.
![](https://kerjayagov.com/wp-content/uploads/2024/12/PEREKA-B41-31.png)
Jangan Salah Faham!
Ramai calon beranggapan bahawa:
- “Kalau suka memberi arahan, mesti untuk jawatan pegawai.”
- “Kalau suka menerima arahan, mesti untuk jawatan bawahan.”
Anggapan ini sangat tidak tepat.
Dalam ujian psikometrik, soalan seperti ini tidak mengukur sama ada anda sesuai menjadi pegawai atau pekerja bawahan, tetapi menilai sifat peribadi anda.
Sebagai contoh:
- Pegawai teknikal yang bekerja lebih banyak dengan data mungkin sesuai dengan individu introvert, walaupun mereka berada di kedudukan pegawai.
- Pekerja bawahan seperti penyambut tetamu mungkin lebih sesuai dengan individu extrovert kerana mereka perlu berinteraksi dengan ramai orang.
Apa Jawapan Terbaik?
Jawapan terbaik bukanlah berdasarkan hierarki jawatan, tetapi berdasarkan keperibadian anda:
- Jika anda cenderung kepada sifat extrovert, jawapan ‘Ya’ adalah lebih sesuai.
- Jika anda cenderung kepada sifat introvert, jawapan ‘Tidak’ adalah pilihan tepat.
![](https://kerjayagov.com/wp-content/uploads/2024/12/PEREKA-B41-32.png)
Tiada Karakter Yang Sempurna
Ingat, ujian ini bukan mencari kesempurnaan, tetapi kesesuaian.
- Extrovert dan introvert masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
- Soalan ini hanya membantu penilai memahami sejauh mana keperibadian anda sesuai dengan keperluan jawatan yang dipohon.
Belajar sesuatu?
Jika anda mahukan lebih banyak panduan tentang soalan-soalan psikometrik, jangan lupa untuk muat turun panduan kami. Dapatkan secara PERCUMA di bawah (KLIK GAMBAR). Lengkapkan borang segera & rujukan akan dihantar ke email anda.
![](https://kerjayagov.com/wp-content/uploads/2024/12/1735202119-828x1024.png)