Untuk kemasukan perkhidmatan awam terkini, calon diwajibkan menduduki Ujian PSIKOMETRIK / SPiER. Jika sebelum ini ianya lebih dinamakan penilaian SAHSIAH dan MINAT, tapi kini SPA fokus dalam skop yang lebih terarah.

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.
Jadi tips penting supaya anda tak sangkut dalam ujian PSIKOMETRIK adalah;
TONJOLKAN NILAI POSTIF ANDA
SEMBUNYIKAN NILAI NEGATIF ANDA!

Apakah Ujian PSIKOMETRIK & Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER)?

Ujian Psikometrik merupakan ujian untuk menilai personaliti, minat dan kecenderungan calon.
Sama ada personaliti anda ke arah positif atau sebaliknya.

Hint mudahnya….

“Ingin bekerja dalam jawatan kerajaan maka anda harus mempunyai kecenderungan positif dalam apa jua tindakan anda”


Manakala SPIER pula dibangunkan untuk mengenal pasti calon pengambilan yang mampu memenuhi kriteria terutama dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme.

Aspek yang dititikberatkan adalah elemen psikologi dan praktis minda keselamatan berdasarkan norma dan keperluan jabatan atau agensi.

SPIER merupakan 3 sistem Ujian Psikometrik secara berkomputer iaitu:

Ujian minat kerjaya
Ujian personaliti
Ujian nilai pekerjaan

Jadi untuk memudahkan kefahaman anda, sebenarnya antara Ujian Psikometrik dan Ujian SPiER adalah menekankan ciri2 penilaian yang lebih kurang sama sahaja. Tiada perbezaan yang ketara pun. Ia lebih kepada penilain untuk mengukur siapa diri anda. Adakah anda calon yang sesuai yang bakal dipilih untuk mengisi jawatan di sektor kerajaan.

Contoh Soalan Psikometrik / SPiER

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

Tips-Tips Penting – WAJIB BACA!

Tonjolkan nilai POSITIF anda, sembunyikan nilai NEGATIF.

Contoh 1 : 
Merokok = NEGATIF
Benci Rokok = POSITIF

Jika anda merokok, semestinya anda cenderung kata rokok positif kan? Sembunyikan kesukaan anda pada rokok. Contoh soalan;

>> Larangan merokok di kedai makan sangat bagus. (setuju/tidak setuju)

>> Perokok harus dikenakan kompaun tak kurang RM50,000. (setuju/tak setuju)

Jawapan nilaian positif pada 2 soalan ini adalah “SETUJU” walaupun anda tak setuju 🙂

Contoh 2 : 
Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua.
A – YA, B – TIDAK

Apa jawapan anda? Mesti ramai yang jawab A kan? Tapi jawapan yang kami berikan adalah B! 
Jeng jeng jeng ~ Anda rasa?
Jawapannya memang B 🙂 

Penilaian Psikometrik ni satu penilaian yang besar. Dalam penilaian exam online ini, ianya akan menjadi ‘scoring’ anda sebelum dipanggil ke temuduga. Jadi anda perlu berada pada tahap “NILAIAN POSITIF” sentiasa.
Faham tak? Macam kompleks sangat pula explaination ni.

Jadi dalam soalan ini “NILAIAN POSITIF” adalah menjadi staf yang membawa harmoni pada organisasi dan berjiwa “team work”. Bukan bermakna anda tak boleh atau tak mahu jadi LEADER, tapi anda berjiwa FOLLOWER. Ini mantra nilaian positif ini; “A good LEADER is a good FOLLOWER” Maka jawapan yang memberikan score nilaian positif adalah B!
Nampak tak?

Ini yang kita terangkan dalam RUJUKAN PSIKOMETRIK / SPiER, tonjolkan nilaian positif untuk ‘SCORING’ anda.

Contoh 3 :
Ada satu lagi soalan yang agak pelik tapi ‘MANTAP’ 

“Ulat dalam batu pun boleh dihidup”

> Sangat setuju
> Setuju
> Tidak pasti
> Tidak setuju
> Sangat tidak setuju

Ni soalan sebenar ni SPA tau!

Ok ini pandangan kami.
SANGAT TIDAK SETUJU… 
Sebab apa?
Struktur ayat itu salah. Ayat yang betul adalah;

“Ulat dalam batu pun boleh HIDUP”

Tapi jika soalan tersebut menggunakan struktur yang tepat iaitu “Ulat dalam batu pun boleh HIDUP” maka jawapannya adalah

SANGAT SETUJU
Kerana makna tersirat peribahasa Ulat dalam batu pun boleh hidup adalah Orang yang rajin dan tekun dalam berusaha tidak akan mati kerana kelaparan.

Nampak tak bagaimana susunan soalan perangkap ini. Soalan yang lebih kurang sama tapi penilaian berbeza;

KES #1
Menilai kepekaan anda dengan peribahasa betul atau salah

KES #2
Menilai kepekaan anda dengan peribahasa yang dah memang dipegang dalam masyarakat yang membawa maksud memotivasikan.


Hati-hati dengan perangkap Ujian ini.

RUJUKAN SPIER PSIKOMETRIK

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

  • Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik / SPiER 2021 ini
  • Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
  • 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk memudahkan kefahaman anda tentang ujian ini
  • Tip jawab soalan. Cara menjawab soalan supaya tidak tersasar
  • Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK / SPiER
  • Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK / SPiER anda

DAFTAR ANAK2 DI TADIKA ONLINE STADEE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *