Umum mengetahui, bukan mudah untuk dapat panggilan temuduga pekerjaan terutamanya dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Andai anda dah dapat peluang Temuduga ni, jangan lepaskan peluang begitu sahaja. Cuba berusaha sehabis baik bagi menjadi ‘YANG TERPILIH’. Pun begitu, banyak proses yang perlu dilalui untuk mencapainya.

Dengan usaha, strategi dan persediaan yang betul, InshaAllah, peluang untuk berjaya semakin tinggi dalam genggaman kita.


JANA PENDAPATAN – Menjual di Platfrom EBAY

Bagi yang sedang dalam proses menghadiri temuduga SPA, anda mungkin boleh mengikuti persediaan yang dilakukan oleh Akmal Rozman ini. Menerusi perkongsiannya di Facebook, dia baru sahaja melaporkan diri ke pejabat Unit Pakar Ukur Bahan di Ibu Pejabat JKR Malaysia setelah berjaya melalui proses temuduga.

Tak usah tunggu lagi, jom kita baca perkongsiannya yang bermanfaat di bawah ini.

(NOTA: INI BUKAN TIPS, SAYA BUKAN WAKIL SPA. SAYA HANYA KONGSI APA YANG SAYA BUAT)

Ujian Psikometrik – SPA JKR Malaysia


ADVERTISEMENT

Join DROPSHIP Dr Parro’s English – Aplikasi Pendidikan Kanak2

Semalam saya baru sahaja melaporkan diri ke pejabat Unit Pakar Ukur Bahan, Pasukan Projek Khas 1, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Sempat bersembang serba sedikit bersama Pengarah PPK1 & pegawai di sana. Ada juga protege Juruukur Bahan yang minta tips ujian psikometrik & temuduga SPA.

Saya jawab saya tidak tau. Tapi saya boleh kongsikan segala persediaan saya untuk kedua-duanya.

* * * * *

Ujian Psikometrik

Ada 199 soalan perlu dijawab dalam tempoh 1 jam 30 minit. Soalan yang menguji personaliti kita.

Saya tidak tau apa kriteria untuk LULUS. Tapi saya berpegang kepada 3 perkara ini:

1) Saya tidak sesekali tekan butang jawapan SEDERHANA/TIDAK PASTI.
2) Konsisten. Soalan dibahagi kepada dua, dan diterbalikkan struktur ayat.

Contoh:
Soalan 7: Saya memberikan kerjasama penuh bagi setiap tugasan yang diberikan.

Soalan 149: Saya tidak memberikan kerjasama penuh bagi setiap tugasan yang diberikan.

A) SANGAT SETUJU
B) SETUJU
C) SEDERHANA
D) TIDAK SETUJU
E) SANGAT TIDAK SETUJU

Jika soalan no. 7 saya jawab SANGAT SETUJU, soalan no. 149 saya akan jawab SANGAT TIDAK SETUJU. Konsisten.

3) SPA takkan semak jawapan anda satu persatu & takkan minta penjelasan kenapa anda pilih jawapan tersebut. Jadi, tak perlu takut untuk buat pilihan jawapan.

Selesai. Saya LULUS.

* * * * *

Temuduga

Ts. Naqiuddin Jamil sentiasa pesan pada saya, ‘formality’. Itu yang SPA nak tengok.

Gambar Via Akmal Rozman

1) Penampilan mesti sempurna 100% kemas. Kemeja putih, tali leher, suit semua hitam, stokin hitam, kasut kulit hitam kilat, tanda nama, rambut sisir rapi.

2) Fail tersusun kemas. Pastikan fail warna hitam/kelabu tanpa corak sahaja. Susunan sijil seperti berikut:

– Sijil anugerah & penglibatan (Universiti)
1. Pencapaian
2. Jawatan
3. Penyertaan

– Sijil anugerah & penglibatan (Sekolah)
1. Pencapaian
2. Jawatan
3. Penyertaan

Gambar Via Akmal Rozman

– Susunan ‘flysheet’ mesti di sebelah kiri.
– Sijil letak yang penting & tidak berulang.
– Fail kalau boleh biar muat-muat untuk semua dokumen. Jangan terlalu banyak lebihan plastik di belakang.

Gambar Via Akmal Rozman

3) Adab/etika ketika temuduga

– Sebelum masuk bilik temuduga, ketuk pintu 3 kali. Buka pintu, beri salam dan disertai, “Boleh saya masuk?”
– Pegang fail di sisi kanan, beg tinggal di luar.
– Serahkan fail guna kedua-dua belah tangan dan tulisan fail menghadap ke arah panel.
– Duduk selepas diarahkan.
– Jawab setelah diminta.

Saya ada 2 lagi ‘extra points’ yang mungkin ramai calon tak buat.


Join KELAS PN SITI HADJAR – Jana Pendapatan Musim PKP

1. Saya ucapkan terima kasih secara ringkas setiap kali diberikan soalan, kemudian baru teruskan dengan jawapan.

“Terima kasih atas soalan”
“Terima kasih atas soalan yang diberikan”

2. Saya buat satu salinan semua isi kandungan fail. Untuk panel kedua. Sebenarnya tak perlu pun, sebab mereka akan rujuk system myresume. Tapi saya sengaja nak tunjukkan persediaan rapi saya kepada panel.

– Akhir sekali sebelum keluar, ambil fail menggunakan kedua-dua belah tangan, berundur beberapa langkah dan tunduk sambil ucap terima kasih.

4) Soalan temuduga

Antara soalan yang saya dapat daripada wakil SPA.

– “Saya tengok awak banyak jawatan di sekolah & universiti. Siapa yang lantik awak?”

– “Kenapa mereka pilih awak?”

– “Awak tak nak buka syarikat sendiri?” (Soalan maut, tak mungkin saya tak nak..)

– “Kenapa awak nak masuk sektor awam?”

– “Kenapa kami perlu pilih awak?”

Soalan daripada wakil JKR.

– “Kos keseluruhan RM/sqft untuk pembinaan sebuah sekolah?”

– “Pecahan kandungan dalam PDA?”

Selebihnya banyak saya ceritakan pengalaman kerja.

Penting untuk yakinkan panel bahawa anda lah calon yang mereka cari.

* * * * *

Selebihnya saya hanya dengar dan ikut semua tips daripada Youtube Channel SuperMatt Sharing. Sangat berguna.

https://youtube.com/channel/UCFPo9u8DHFNkgrmHTdULvwQ

* * * * *

Hasilnya daripada 7,281 calon yang memohon, 356 calon ditemuduga, saya antara 9 yang terpilih. Alhamdulillah rezeki daripada Allah.

Gambar Via Akmal Rozman

Sekarang saya ditempatkan di Unit Pakar Ukur Bahan, Pasukan Projek Khas 1, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

QS paling muda kot. Yang lain semua tahun 70an – 80an. Rasa adik-adik sangat.

Ya, sangat gembira dengan tempat kerja yang baru dan mohon doakan saya sentiasa bersemangat serta dapat berkhidmat dengan telus & cemerlang.

* Contoh resume saya ada letakkan di gambar terakhir buat rujukan anda semua. Agak penting, sebab panel ke 2 menyoal saya berpandukan resume.

Gambar Via Akmal Rozman

Sumber: Akmal Rozman


Jana Pendapatan Dari Rumah – AKADEMI BORONG CHINA